KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Showing posts with label sinar harian december 2011. Show all posts
Showing posts with label sinar harian december 2011. Show all posts

PKR tolak calon ‘katak’ bertanding PRU13


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011

ALOR SETAR - PKR Kedah akan memastikan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lagi dibarisi calon ‘katak’, berdasarkan pe­ngalaman lalu yang me­nyak­sikan empat wakil rakyatnya yang menang pada PRU12 lompat parti.
 
Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, calon pada PRU13 diyakini lebih berkaliber dan berkarisma berbanding 2008, di mana calon ketika itu agak terhad.
 
 “Kali ini ramai yang tawar diri bertanding, tidak ada pula yang tawar diri berundur. Disebabkan calon layak agak ramai, tapisan terperinci sedang dibuat. Saya percaya calon PRU13 kelak tidak lagi mudah dipancing seperti calon lalu,” katanya.
 
Menurutnya, kesemua wakil rakyat PKR sudah diberi garis panduan dan kursus kepimpinan untuk mengelak mereka goyah dan termakan pujuk raya pihak yang ingin mengumpan mereka.
 
Empat wakil rakyat PKR Kedah yang menang pada PRU12 lalu, yang kini wakil rakyat bebas ialah Ahli Parli­men Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; Ahli Parli­men Padang Serai, N Gobala­krishnan; Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.
 
Ditanya sama ada wakil rakyat sedia ada digugurkan, Wan Salleh berkata, keenam-enam wakil rakyat PKR, di mana mewakili tiga kawasan Parlimen dan Dun kekal bertanding pada PRU13.
 
“Setakat ini, enam wakil rakyat itu tersenarai dalam senarai pendek calon PRU13. Mereka turut bersedia sekira­nya tidak dicalonkan semula kerana keputusan akan diputuskan oleh pucuk pim­pinan Pusat,” katanya.
 
Tiga wakil rakyat Dun terbabit ialah Lim Soo Nee (Kulim), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Tan Chow Kang (Sidam), manakala Parli­men membabitkan Johari Ab­dul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Ah­mad Kassim (Kuala Kedah).
 
Wan Salleh turut mengu­mumkan PKR Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya selepas Konvensyen Paka­tan Rakyat (PR) berlangsung pada 14 Januari depan.
 
“Walaupun pilihan raya olok-olok tetapi kita gunakan fakta terkini dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain memberi pendedahan kepada jentera pilihan raya yang baru dilantik selepas PRU12, ia adalah untuk memperkemas jentera parti,” katanya.
 
Menurutnya, hanya peti undi terpilih akan terbabit dalam pilihan raya itu.
 
“Sebuah jawatankuasa khas dilantik mengendalikan simulasi ini, mereka akan teliti peti undi mana yang ada keperluan dibuat pilihan raya olok-olok ini,” katanya.

UiTM akan siasat


Oleh : NORJIMI LATIFF
Tarikh : December 28, 2011
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menerima sebarang aduan mengenai penyebaran karikatur lucah sebagaimana didakwa Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khairul Naim kelmarin.
Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UiTM, Prof Madya Mohd Yaziz Ahmad berkata, Bahagian Keselamatan universiti tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
“Apabila keselamatan melakukan penyiasatan, pihak pertama mendapat jawapan ialah HEP sebelum memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (TNC).
"Dan selalunya akan dimaklumkan kepada saya, tetapi sehingga kini tiada insiden sedemikian berlaku. Apa pun, kami akan menyiasat perkara ini sama ada betul atau sebaliknya,” katanya.
Kelmarin, Kami mempertikaikan sikap pentadbiran UiTM yang didakwa tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan karikatur lucah yang memaparkan lakaran dua lelaki melakukan hubu­ngan sejenis di kampus universiti itu di sini, pada 22 dan 23 Disember lalu.

Ahli politik ditangkap khalwat


Oleh : KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tarikh : December 28, 2011
KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
 
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
 
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
 
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
 
“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
 
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
 
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
 
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
 
“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
 
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berasmara di bilik mandi masjid

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011

KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
 
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
 
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
 
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
 
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
 
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
 
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
 
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
 
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
 
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
 
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.

Hassan bertemu pimpinan, mohon maaf

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011
 
SHAH ALAM- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali telah bertemu pemimpin tertinggi Pas dan memohon maaf serta menarik balik segala kenyataannya terhadap parti itu sebelum ini. 
 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertemuan Hassan bersama pimpinan itu perlu dicontohi. 
 
"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
 
"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf. Jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya. Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Hassan," katanya dipetik Harakahdaily. 
 
Pertemuan itu berlangsung di JKR 10, Kota Bharu Kelantan semalam di mana Hassan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bertemu pemimpin tertinggi iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
 
Selain itu, Nik Aziz berkata, pertemuan yang dianjurkan Pas Pusat ini katanya, "jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia.
 
"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.
 
Saya berharap Pas Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya. Ahli-ahli Pas boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadangnya.

MCA minta Guan Eng bersuara

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011

SHAH ALAM – Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Yoo Wei How mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan kepada umum mengenai dakwaan pemberian projek didedahkan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy baru-baru ini.

Menurutnya, perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin oleh Guan Eng kerana ia bukanlah isu kecil, tetapi melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan.
 
“Rasuah adalah kesalahan besar. Tidak kisahlah sama ada dakwaan itu betul atau tidak. Ia tetap tugas Guan Eng sebagai Ketua Menteri untuk memberi respons dan bukannya hanya memberi alasan.
 
“Saya juga pelik kenapa Guan Eng masih berdiam diri apabila Adun Seri Delima, RSN Rayer secara terbuka mencabar Ramasamy mendedahkan bukti dan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Selain itu, Wei How turut menegur kerajaan Pulau Pinang yang sering kali mendakwa mereka sentiasa mengamalkan polisi kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan namun situasi semasa menggambarkan sebaliknya.
 
“Respons daripada Rayer dan penafian pantas oleh Ramasamy yang mengatakan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu seolah-olah DAP Pulau Pinang mahu membersihkan isu ini dengan mendakwa ia adalah krisis dalaman,” katanya.
 
Isu ini semakin panas apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menuduh Ramasamy cuba menentangnya disebabkan beliau menolak untuk mendapatkan projek berkepentingan.

Ditangkap leka curi besi jeriji


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 27, 2011

KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan parang ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kerana mencuri besi jeriji di sebuah rumah tinggal di Jalan Bukit Awi kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Pengerusi Rukun Tetangga Bukit Awi, Zul Bakri Shuib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, hasil maklumat orang ramai, beliau kemudiannya segera menghubungi PPKM dan terus ke lokasi berkenaan dan mendapati suspek yang bersenjatakan parang sedang leka mencuri besi jeriji di rumah terlibat.

“Beberapa minit kemudian saya nampak suspek keluar dari rumah berkenaan.

“Sejurus selepas itu ahli PPKM pun sampai. Suspek yang menyedari kehadiran PPKM bertindak melarikan diri menyeberangi jalan di hadapan Kulim Inn. Bagaimanapun dia berjaya ditahan,” katanya.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih 10 suspek terlibat atas kesalahan yang sama berjaya ditahan.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. .

Cubaan murtadkan Islam di pandang serius- JHEAT


Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 27, 2011

KUALA TERENGGANU- Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandang serius tindakan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dengan menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Saleh berkata antara golongan yang menjadi sasaran ialah orang miskin, golongan terbiar, remaja lepak dan pesakit di hospital.
"Hasil siasatan kita mendapati pihak terlibat kini aktif mencari sasaran dan cuba membawa keluar mereka dari agama Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat untuk penjawat awam di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata JHEAT mengambil beberapa langkah bagi menyelamatkan akidah umat Islam antaranya menganjurkan program yang boleh mendekatkan agensi tersebut dengan golongan belia bermasalah.
Mohd Rozali berkata pihaknya juga membuka sebuah pusat pemulihan di Batu Rakit untuk belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, selain melatih guru agama dan pendakwah sesuai dengan kumpulan sasaran.

Umno selar sikap Pas

Umno selar sikap Pas
Oleh : W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
Tarikh : December 27, 2011

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menyelar sikap pemimpin Pas yang menuduh Umno cuba mewujudkan isu dua solat Jumaat dalam satu kariah tanpa kebenaran.
 
Beliau menegaskan, ia merupakan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan perlu diberi perhatian oleh kedua-dua pihak sama ada Umno atau Pas, sambil menegaskan Umno tidak terbabit dengan titah tersebut.
 
Menurutnya, Pas sebagai pencetus kepada isu yang berlaku sejak lama dulu beriku-tan amanat pemimpin mereka dan sepatutnya turun padang bagi menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar.
 
“Ini bukan soal Umno buka cerita tetapi ia satu tindakan melalui titah Sultan. Kalau ada pendapat bahawa Umno cuba mengungkit semula isu itu, tidak wajarlah.
 
“Kita tidak boleh kata titah ini sebagai gimik. Sepatutnya kita perlu menghormati titah sultan dan kena cari penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendapat pemimpin Pas termasuk Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang meletakkan tanggungjawab kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Harun turut meletakkan isu yang berlaku itu sebagai kegagalan pentadbiran Umno dan BN.
 
Muhammad Ramli berkata, Pas tidak perlu menuding jari kepada pihak lain kerana isu tersebut berpunca daripada pihaknya dan sepatutnya ada tindakan daripada pihak tersebut untuk memberi penjelasan kepada penyokong mereka.
 
“Sejarah telah melihat bagaimana isu dua imam dalam satu kariah berlaku iaitu berpunca daripada pandangan, aran dan amanat Abdul Hadi.
 
“Jadi, mereka yang taksub akan menjadikan perkara tersebut sebagai perkara yang patut dipatuhi dan timbul hukum iaitu kalau sembelihan dilakukan Umno haram dimakan dan berimamkan orang Umno tidak sah. Untuk menjadikan sembahyang sah, penyokong Pas buat tempat ibadat sendiri.
 
“Tempat ibadat ini kemudian diiktiraf sebagai masjid ketika zaman pemerintahan Pas namun tidak semua dapat digazetkan sebagai masjid seperti masjid di Pengkalan Berangan iaitu jarak hanya kira-kira 60 meter antara yang diluluskan kerajaan dan masjid yang dibina penyokong Pas,” katanya.
 
Muhammad Ramli turut mencabar pemimpin Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat sekiranyan benar mereka mendukung agama dan bukannya demi kepentingan politik.
 
Bagaimanapun, beliau yakin pihak terlibat tidak akan berani berdepan dengan perkara itu kerana lebih mementingkan soal kemenangan dalam pilihan raya.
 
“Ini bukan politik tetapi soal agama dan perpaduan. Apa salahnya pemimpin mereka turun padang dan mengatakan perkara itu salah tetapi dia tidak boleh cakap begitu sebab takut tidak menang pilihan raya. Inilah yang dikatakan menggunakan agama demi politik,” katanya.

Pas sambut baik permohonan maaf

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 27, 2011

SHAH ALAM - Pimpinan Pas menyambut baik permohonan maaf bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung ketelanjurannya mengkritik isu Negara Berkebajikan pada 20 Disember lalu.
 
Bagaimanapun, pimpinan tertinggi Pas mengambil keputusan akan memanggil Hasan dalam masa terdekat untuk meminta penjelasan daripada beliau.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas mengambil keputusan untuk memanggil Hasan bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara lain dalam kenyataannya sebelum ini antaranya ialah dakwaannya bahawa Pas lari dari landasan perjuangan sebenar.
 
“Beliau perlu memberikan penjelasan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat mengenai dakwaannya itu.
 
“Mungkin ada perkara yang perlu diperbetulkan oleh parti,” katanya.
 
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan memohon maaf kepada pimpinan tertinggi Pas dan mengakui terdapat unsur ketelanjuran ketika membuat ulasan terhadap perkara Negara Berkebajikan.
 
Mahfuz berkata, pihaknya berharap ahli dan pimpinan Pas tidak akan membuat kenyataan terbuka apabila mengkritik parti sebaliknya menggunakan saluran yang betul.
 
“Mereka boleh mengkritik parti dalam mesyuarat dan menggunakan saluran tertentu.
 
“Kita tidak menghalang mereka berbuat demikian tetapi mengharapkan mereka dapat membuat kenyataan terbuka atau memberikan pendapat yang bersesuaian,” katanya.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan pihaknya menerima permohonan maaf daripada Hasan.
 
“Dia dah mengaku silap dan menarik balik kritikan Negara Berkebajikan, kita terimalah dia,” katanya.
 
Sebelum ini, Hasan menolak konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas dan mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal, iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
 
Hasan menegaskan matlamat penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam dalam pemerintahan.

Perkhidmatan Komuter lebih selesa mulai 2012

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 27, 2011

BATU GAJAH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, ia sekali gus dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan sedia ada yang menggunakan set tren tiga gerabak (EMU) seperti kelewatan, kekurangan gerabak dan sistem tergendala yang menjejaskan keberkesanan perkhidmatannya.

"Kita mempunyai 25 set EMU yang setengah daripadanya perlu dibaik pulih yang mana ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekarang kita tidak boleh baik pulih set EMU kerana tidak mempunyai set tren yang mencukupi (bagi menampung penggunaan) sebab itu, kadang-kala perkhidmatan komuter sering tergendala," katanya pada taklimat kepada media di Kompleks KTMB di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sekarang KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.

Katanya lagi, KTMB akan meningkatkan keberkesanan operasi komuter dengan memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan apabila mempunyai bilangan set tren yang mencukupi dengan ketibaan SCS tahun depan iaitu kekerapan perkhidmatan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit pada waktu puncak.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, walaupun mengikut perancangan awal KTMB menawarkan perkhidmatan menggunakan set SCS pada tahun ini, namun KTMB terpaksa menundanya bagi menjamin keselamatan keseluruhan operasi perkhidmatan itu.

Beliau berkata, setiap set tren yang mampu membawa sehingga 1,000 pengguna pada satu hala perjalanan itu perlu mengikut spesifikasi, peruntukan undang-undang dan standard antarabangsa dalam usaha menawarkan dan memperbaiki perkhidmatan komuter kepada pengguna.

Katanya lagi, sehingga hari ini, KTMB telah menerima sembilan daripada 38 set SCS dan empat lagi dijangka tiba pada Januari ini manakala baki 25 set akan diterima secara berperingkat sehingga Jun 2012.

"Kesemua 38 set tren SCS dijangka akan dapat berada dalam perkhidmatan mulai Jun 2012 dan waktu kekerapan akan dipercepatkan lagi kepada 10 minit setiap ketibaan dengan adanya 63 unit tren bagi perkhidmatan komuter iaitu 38 set SCS dan 25 set EMU," ujarnya.

Beliau berkata, setiap satu daripada empat set SCS yang diterima KTMB kini dalam proses akhir pengujian dan pentaulihan yang dilaksanakan oleh jurutera dari syarikat pengeluar CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (ZELC), jurutera KTMB serta diselia oleh SPAD.

Penuntut rentung

Oleh : Norfarhiza Mohd Attar
Tarikh : December 26, 2011
penuntut rentung



KUALA LIPIS - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan jurusan Perakaunan, rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Harakah berat sebelah






Harakah berat sebelah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 25, 2011
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan Harakah kini, bersifat berat sebelah kerana menyiarkan berita pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Menurutnya, ada kalanya ruangan dalam media rasmi Pas itu diperuntukkan kepada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan kepada ahli Pas yang sepatutnya.

“Saya bagi contoh, kontroversi atau polemik sejak dua tiga minggu lalu, saudara buat content analysis dalam Harakah. Sama ada Harakah Daily atau Harakah cetak; berapa peratus ruang diperuntukkan kepada Hasan Ali?,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kenya­taan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC), awal Ogos lalu tidak di­siarkan Harakah.

“Datuk Haron ada memanggil pemberita Harakah untuk memberi pandangan mengenai peristiwa di DUMC. Temu bual diadakan agak panjang dan komprehensif.

“Tapi berita melibatkan (perkara itu) difahamkan tidak tersiar,” katanya.

Pas anggap kerja tumbangkan Umno ibadat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 26, 2011
ALOR LINTAH - Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan Umno adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.

Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.

Dakwanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah medan terbaik rakyat untuk menyekat penguasaan Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman berasaskan pelbagai kepinca­ngan dan kelemahan tadbir urus sepanjang pemerintahan dua menteri besar yang terakhir ini.

Menurutnya, Pas berjanji akan menyenaraikan seluruh kepincangan dan kelemahan tadbir urus tersebut kemudian mendedahkannya dalam kempen PRU akan datang.

“Pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan kepimpinan negara juga pastinya akan mempercepatkan proses Pakatan Rakyat (PR) mengambialih pentadbiran Puterajaya.

Misalnya isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menggemparkan negara dengan melibatkan sejumlah RM250 juta pastinya sukar diterima oleh rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas negeri.

Wan Azhar berkata, kerajaan dikatakan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pemberian RM100 kepada ibu bapa pelajar serta RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi menutup isu NFC yang kian terdedah.
“Saya yakin akan tiba masanya gelombang kebangkitan rakyat berlaku tanpa mampu dihalang oleh Umno dan BN,” katanya.

Hasan Ali tidak akan keluar Pas

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 26, 2011


KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat yakin bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak akan keluar dari parti itu.

Beliau yakin Hasan tidak akan bertindak sejauh itu dengan meninggalkan parti walaupun didakwa terperangkap dalam agenda Umno berdasarkan kenyataannya yang mengkritik dasar parti tersebut.

Beliau berkata, pucuk pimpinan bagaimanapun perlu memanggil Hasan bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku selain memanggil pemimpin lain yang mungkin berkecil hati berikutan kritikan beliau terhadap parti sebelum ini.

“Kita harap kedua-dua belah pihak berbincang dan memberi pendapat sendiri. Bagi saya, ini adalah perkara kecil dan mungkin ada yang kecil hati antara kedua-belah pihak tetapi saya nampak perkara ini boleh diselesai.

“Apa yang berlaku sekarang ini adalah kerana masing-masing tidak bertemu muka. Kita harap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memanggil mereka dan berbincang dari hati ke hati,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan mengkritik parti itu secara terbuka.

Berikutan kenyataannya itu, beberapa pemimpin kanan parti itu sama ada di peringkat Pusat atau negeri tampil memberi kenyataan balas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menasihatkan Hasan keluar parti sebelum diambil tindakan.

Hanafiah berkata, perkara tersebut akan terus meleret sekiranya masing-masing tidak bertemu dan lebih suka menggunakan ruang media untuk membuat kenyataan.

Bagaimanapun, isu tersebut boleh diselesaikan kerana menganggapnya tidak lebih daripada perselisihan ‘rumah tangga’.

“Keadaan ini berlaku sebab tiada pertemuan apabila masing-masing bercakap dari jauh dan media memperbesarkan cerita ini. Jadi, kedua-dua pihak perlu dipanggil untuk berbincang dan teliti apa yang berlaku.

“Bagi saya, ia sangat remeh dan insya-Allah dapat diselesai dalam sehari dua, sekali gus menutup isu ini,” katanya.

Selain Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut didakwa terperangkap dengan agenda Umno.

Bagaimanapun, Nasharudin menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sebagaimana kenyataan beliau dalam Sinar Harian pada 22 Disember lalu.

Umno punca Indeks Persepsi Rasuah negara jatuh

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mendakwa, Indeks Persepsi Rasuah negara merudum tiga tahun berturut-turut disebabkan oleh pemimpin Umno yang terlibat dengan pelbagai skandal.
Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor berkata, hal ini terbukti apabila Laporan Audit Negara 2010 mendapati pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan di kementerian dan agensi kerajaan.
"Tidak ada apa lagi yang rakyat boleh harapkan melainkan perubahan mesti dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Selain itu, beliau mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan siapa pemimpin Umno yang tiada masalah, seperti mempersetujui bahawa tiada pemimpin parti itu yang 'bersih' dari sebarang skandal.
 Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharizat itu secara spontan menyindir semua pemimpin Umno.
"Sindiran itu seperti memberi peringatan kepada pemimpin Umno supaya jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan selesa dengan keadaan mereka.
“Skandal mereka belum terdedah dan masa akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno," katanya.
 Tambahnya, kes Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjadi kayu ukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh dan teladan buat rakyat negara ini.

Taukeh pau berzina

LEDANG – “Saya mahu ambil telefon bimbit,” itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

“Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Adam! Anda tidak berseorangan


Oleh : SH ONLINE/NURHAZLIN LYDIA MOHAMAD NAZRI
Tarikh : December 23, 2011
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mengecam tindakan mengugut untuk  meludah, memukul dan ugutan bunuh kepada Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kalaupun tindakan Adam dianggap sebagai satu kesalahan besar namun, ia perlu diselesaikan secara baik.

Menurutnya, Adam merupakan mahasiswa, selaku intelek muda tentunya dia mempunyai asas kukuh mengapa ia bertindak sedemikian.

"Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

"Sebagai contoh, saya sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu sebagai satu isyarat kerana ada rakyatnya yang menghina Nabi Besar Muhammad S.A.W.,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, dalam kes ini, jika tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan Adam bertindak menurunkan bendera berkenaan.

"Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh Adam. Tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan olehnya kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap agar kerajaan mendengar luahan hati anak muda tersebut dan jangan memencilkannya tu.

Hasan dipelawa sertai Perkasa


Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 23, 2011
KOTA BAHARU - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.
"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, di sini, hari ini.
Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".
Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan Pas.

Siapa sudi bantu dapatkan kewarganegaraan anak gadis saya? – Dr Juanda


Oleh : NURKHAIRINI JUMARI
Tarikh : December 23, 2011

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan kekesalan terhadap sistem , kualiti perkhidmatan awam dan pengurusan kerajaan selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati anak perempuannya, Sumaiyah Syahidah bukan warganegara Malaysia.
Menurutnya, beliau diberitahu perkara tersebut ketika mahu membuat kad pengenalan anak perempuannya yang berusia 12 tahun itu di Pejabat JPN Kuching.
“Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara negara serta dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dinafikan oleh sistem negara ini.
“Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan, bukannya mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, beliau mengakui bahawa isterinya warganegara Indonesia dan tidak akan menukar kewarganegaraan isterinya walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan.
“Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja.
“Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia.,” katanya.
Katanya, mereka baru sahaja ke Jakarta, Indonesia awal Disember lalu untuk melawat saudara – mara di sana menggunakan passport Malaysia.
“Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara?.
“Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia,” katanya.
Beliau mempertikaikan di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini efisyen dan sistem kini lebih diyakini berbanding dahulu.
“Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa Melanau.
“Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?,” katanya.