KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Showing posts with label Harakahdaily.net January 2012. Show all posts
Showing posts with label Harakahdaily.net January 2012. Show all posts

PAS pecat Hasan Ali






PAS pecat Hasan Ali
| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah









Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.
|

Nik Aziz minta beri hak rakyat berhimpun


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.(Gambar)
Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.
“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.
Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.
“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.
“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.
Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.


Insiden UPSI: Safwan akan ambil tindakan mahkamah




| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider.
“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.
“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.
“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.