Salmah
Mat Husain
|
KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun
termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi,
apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan
kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di
Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.(Gambar)
Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun
kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.
“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di
masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga
Menteri Besar Kelantan.
Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau
yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.
Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar
bersalah.
“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah
semuanya tu.
“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi
akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.
Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan
bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.
|
Murid bina laman web 'jual tubuh' di media social
-
Kita dikejutkan dengan berita yang diberitahu oleh pihak KDN, mengenai
perkara yang tidak bermoral dikalangan kanak-kanak.
Kementerian Dalam Negeri (...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com