KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

PAS pecat Hasan Ali






PAS pecat Hasan Ali
| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Ekoran tekanan PKR....PAS pecat Dr Hasan Ali

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bengang habis pada Datuk Dr Hasan Ali yang kondem penganjuran Perhimpunan 901 serta anggap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ada masalah peribadi.

Orang paling kanan Anwar itu tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu Khamis semasa ditanya mengenainya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR petang Jumaat.

"Hasan Ali jangan celupar.Kalau dia tak nak sertai perhimpunan 901, tak payah pergi.Tak payah bising-bising," katanya.

Jawatankuasa Pas pusat pecat keahlian Hasan Ali 08/01/2012 2:52pm


08/01/2012 2:52pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali hari ini dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.
Keputusan itu difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.
Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas. - UTUSAN

DR HASAN ALI DIPECAT DARI JADI AHLI PAS

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012

Ringgit mungkin naik berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit mungkin naik berbanding dolar AS minggu depan


2012/01/07

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.

Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lepas manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama.
Satu kaji selidik oleh Reuters mendapati pelabur-pelabur menjadi yakin terhadap dolar Singapura dan ringgit Malaysia.
"Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.

Dalam minggu ini, ringgit dan dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.

Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.

Euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding dolar AS Jumaat minggu ini.
Sementara itu, ringgit susut pada Jumaat, apabila pelabur mengambil untung setelah sentimen menjadi berhati-hati berikutan krisis hutang zon euro itu.

Secara perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik mendadak berbanding dolar AS kepada 3.1490/1520 daripada 3.1670/1700 Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4335/4368 daripada 2.4350/4373.

Bagaimanapun, unit tempatan itu turun berbanding yen kepada 4.0817/0871 daripada 4.0796/0845 minggu lepas.

Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 4.8838/8897 daripada 4.8807/8862 Jumaat lepas tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.0326/0377 daripada 4.0911/0960. - BERNAMA

70,000 bekas polis darurat bakal terima sagu hati khas RM3,000


2012/01/07

KUALA LUMPUR: Lebih 70,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas antara 1948 dan 1962 di Semenanjung serta 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran sagu hati khas itu sedia untuk dilaksanakan dan permohonan bagi mereka yang layak boleh dibuat dengan menghubungi KDN.
Pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC), katanya.
Beliau berkata, bagi anggota yang meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti, bagaimanapun permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat.

Mahmood berkata, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman sesawang www.moha.gov.my atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian (03) 88868583, 88868193, 88868584 atau 88868000.

Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu. - BERNAMA

300 penyokong pembangkang Sungai Acheh sertai BN

300 penyokong pembangkang Sungai Acheh sertai BN
07/01/2012 3:48pm

NIBONG TEBAL 7 Jan. - Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

Wakil kumpulan itu, Musa Ali, 52, berkata, mereka yang terdiri daripada anggota Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami sudah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh, Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan. - BERNAMA