KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Lelaki maut ditetak di kafe siber


AZID ISMAIL (tengah) bersama Teh Kong Seng (kanan) menunjukkan gambar suspek, Wong Soon Choon yang kini diburu oleh polis pada sidang akhbar di IPD Jerantut, Pahang, semalam.

JERANTUT 4 Jan. - Seorang lelaki maut ditetak selepas diserang dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah kafe siber di Bandar Baru Inderapura, di sini awal pagi ini.
Mangsa, Lee Chi Han, 26, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jerantut akibat kecederaan parah selepas ditetak sebanyak 11 kali yang turut menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa yang berada di kafe siber berkenaan secara tiba-tiba didatangi dua suspek yang terus bertindak menetak badannya.
''Dalam keadaan berlumuran darah itu, mangsa kemudiannya berlari turun bagi menyelamatkan diri ke tingkat bawah namun dia dapat dikejar suspek.
''Dalam pergelutan itu, dia kemudian berlari semula menaiki kafe siber yang terletak di tingkat atas premis itu untuk meminta bantuan penjaga premis berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini hari ini.
Menurut Azid, pekerja kafe siber berkenaan, Loon Khan Wet, 40, yang cuba menyelamatkan mangsa juga ditetak di bahagian belakang.
Katanya, Khan Wet yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh dan kini keadaannya dilaporkan stabil.
''Berikutan kejadian ini, polis berjaya memberkas seorang suspek, manakala seorang lagi suspek (saksi utama), Wong Soon Choon, nombor kad pengenalan 840202-06-5147 dan beralamat di No. 397, Lorong Bandar Baru, Perumahan Kos Rendah 410, di sini masih diburu untuk membantu siasatan," katanya.
Kes pembunuhan berkenaan, menurut Azid disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
''Saksi kejadian diminta menghubungi Asisten Supritendan, Teh Kong Seng di talian 019-9813821 atau Bilik Gerakan IPD Jerantut di talian 09-2661999," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com