IPOH 4 Jan. - Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui digulung dalam tilam dengan penahanan seorang lelaki di rumahnya di Panorama Lapangan Perdana, Simpang Pulai, di sini petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan intim dengan mangsa ditahan pada pukul 3.30 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Katanya, polis turut merampas dua buah telefon bimbit, sebuah penyah kod, sebuah kereta BMW, sebilah parang, sepasang gari, seunit hos getah dan sebilah gunting yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh tersebut dari rumah suspek.
"Susulan penemuan mayat seorang perempuan di kawasan hutan di tepi jalan Kampung Juang Simpang Pulai kelmarin, polis telah mengenal pasti identiti mangsa sebagai Indeer Kaur Jeswant Singh berusia 23 tahun.
"Hasil siasatan lanjut, sepasukan polis dari IPD Ipoh menangkap seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki kepada perempuan tersebut, pukul 5.30 petang semalam," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, penduduk Kampung Juang Simpang Pulai di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang wanita dengan keadaan kepalanya sudah berulat di tepi jalan berhampiran perkampungan Orang Asli itu.
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com