KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

12 NGO Selangor, Putrajaya buat 45 laporan polis bantah perhimpunan



2012/01/06

PUTRAJAYA: Wakil daripada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Selangor dan Putrajaya hari ini membuat 45 laporan polis bagi membantah cadangan perhimpunan sempena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrabim pada 9 Januari ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira 9.30 pagi ini. Kira-kira 200 anggota semua NGO itu turut hadir.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli, berkata mereka membuat 45 laporan polis bagi menolak keras perhimpunan haram itu yang jelas satu penghinaan terhadap sistem perundangan negara.
Katanya mereka menyokong sebarang tindakan daripada pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan pihak yang terlibat di dalam perhimpunan tersebut demi keamanan Malaysia.

"Tindakan ini (mengadakan perhimpunan haram) juga dilihat seolah-olah mengajar rakyat Malaysia untuk tidak menghormati undang-undang-undang Malaysia, justeru itu kami hadir ke sini hari ini untuk membuat laporan," katanya kepada pemberita di pekarangan balai polis itu.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Ab Malek Ranting berkata pihaknya berasa dukacita dengan tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan tersebut.

"Kami berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu nanti," katanya.
Ketua Penerangan Kebangsaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Anuar Sadad Mohamed Mustafa berkata pihaknya tidak menyokong perhimpunan Isnin ini kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata pihak berkuasa harus bertindak tegas dengan menghalang perhimpunan itu daripada diadakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com