KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Enam warga Malaysia menetap di luar negara gagal daftar sebagai pengundi tidak hadir


2012/01/06

KUALA LUMPUR: Enam warga Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom hari ini gagal dalam usaha mereka untuk didaftarkan sebagai "pengundi tidak hadir" selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan keenam-enam mereka, sebagai pemohon dalam kes itu, jelas tidak termasuk dalam kategori pengundi yang boleh dianggap sebagai 'pengundi tidak hadir' mengikut Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Katanya, di bawah peraturan itu, kategori 'pengundi tidak hadir' ialah anggota angkatan tentera, penjawat awam yang berkhidmat di luar negara, pelajar universiti dan pasangan mereka.
"Adalah jelas bahawa pemohon-pemohon tidak termasuk di bawah mana-mana kategori ini. Oleh yang demikian, apabila pemohon memohon kepada SPR untuk didaftarkan sebagai "pengundi tidak hadir" permohonan mereka ditolak oleh SPR mengikut Peraturan 2," katanya.

Dalam penghakiman sembilan muka surat, Hakim Rohana juga memutuskan permohonan oleh kenam-enam mereka bagi semakan penghakiman untuk membatalkan keputusan SPR adalah tidak munasabah dan menjurus kepada pencabulan proses mahkamah.

"Dengan ini, saya menolak permohonan pemohon-pemohon. Saya tidak mengeluarkan perintah berkaitan dengan kos," katanya.

Hakim Rohana berkata, mahkamah juga tidak dapat mengeluarkan perintah mandamus sepertimana dipohon oleh pemohon supaya mahkamah memerintahkan SPR mendaftarkan pemohon sebagai pengundi tidak hadir kerana ianya sama seperti memerintahkan SPR bertindak terhadap peruntukan undang-undang yang sah, berkuat kuasa dan kekal tidak tercabar.
Pada 25 Oktober tahun lalu, enam pemohon itu -- doktor Teo Hoon Seong, 43, jurutera elektrik V. Vinesh, 32, ahli perniagaan Paramjeet Singh, 54, doktor Yolanda Sydney Agustin, 31, penterjemah Sim Tze Wei, 28, dan arkitek perisisn Leong See See, 41 -- memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan SPR sebagai responden tunggal.

Mereka memohon, antara lain, satu deklarasi bahawa mereka warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir dan perintah mandamus untuk memaksa EC mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir dan perintah lain yang akan membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com