SEBUAH van terpaksa mengelak sebuah lubang di Jalan PJU 6A, Jalan Masjid, Petaling Jaya baru-baru ini. |
Mereka mendakwa, kerosakan jalan itu berlaku sejak setahun lalu tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa sehingga menyumbang kepada kesesakan teruk.
Seorang penduduk, Chong Kar Yan, 23, berkata, kesesakan sering berlaku di kawasan itu ekoran kerosakan teruk jalan berkenaan memandangkan ia adalah jalan utama.
"Banyak kenderaan lalu di sini kerana ia menghubungkan kawasan perindustrian dan pasar raya.
"Kesesakan semakin teruk kerana jalan rosak menyebabkan lalu lintas menjadi tidak lancar terutama pada waktu puncak kerana jalan ini boleh keluar ke lebuh raya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini. DISINI
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com