Anak pendayung perahu dapat bantuan TNB
26/12/2011 2:40pm
KUALA SELANGOR - Lapan belas anak pendayung perahu pelancong dari Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan hari ini menerima bantuan barangan keperluan sekolah sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 itu setiap seorang menerima dua pasang pakaian seragam, dua pasang kasut dan stokin serta dua tudung bagi yang bertudung.
Ini merupakan program tanggungjawab korporat sosial syarikat pengeluar tenaga itu bagi menghargai jasa golongan pendayung perahu tersebut, kata Penolong Pengurus Hal Ehwal Komuniti, Jabatan Komunikasi Korporat TNB, Mohamed Derus Bunchit kepada pemberita pada program “Jom ke Sekolah - TNB Bersama Anak-anak Pendayung” di sini.
Ini merupakan usahasama antara TNB dan Majlis Daerah Kuala Selangor.
Sambil menjelaskan kawasan pelancongan kelip-kelip itu merupakan “anak angkat” TNB, Mohamed Derus berkata, program bantuan tersebut merupakan acara tahunan syarikat sejak 2006 lagi. - BERNAMA-DISINI
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com