Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka sepatutnya pulang ke kampung dan berkongsi kejayaan dengan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Beliau berkata, peranan yang mereka mainkan boleh meningkatkan motivasi pelajar tempatan, selain membantu mengurangkan beban terpaksa ditanggung oleh keluarga yang rata-rata berpendapatan rendah.
Dalam konteks itu, beliau memuji usaha murni seorang ahli perniagaan dari Kampung Slow Machang dekat sini, Ir. Suharto Mohd. Nasir yang menyampaikan bantuan kepada pelajar miskin cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 lalu.
"Saya bangga dengan kejayaan anak kampung ini sebagai ahli perniagaan berjaya dan dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan.
''Sejak lima tahun lalu, Suharto tidak pernah lupa untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dan sikapnya itu wajar dicontohi oleh generasi muda lain," katanya selepas majlis penyampaian tersebut di sini semalam.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim memberitahu, setakat ini hampir 3,000 mangsa banjir di daerah ini telah diberikan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula.
"Hari ini seramai 250 keluarga lagi dari kampung Hutan Pasir, Tendong di sini telah menerima bantuan tersebut dan sebelum ini seramai 1,500 di Chetok dan 1,000 keluarga di Pengkalan Pasir. Sumbangan tersebut diharap dapat mengurangkan beban keluarga terlibat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com