KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Tolak kempen bawa mudarat


Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Jan. – Umat Islam di negara ini diajak supaya menolak sebarang cubaan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam mengajak umatnya supaya mentaati kepimpinan sama ada dalam keadaan disenangi atau tidak, supaya mereka dapat menikmati keamanan, kedamaian dan kesejahteraan dalam hidup.
Lantaran itu katanya, umat Islam tidak boleh menggadaikan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan tersebut semata-mata disebabkan ada kepentingan tertentu.
“Dalam Islam ada kaedah kalau kita nak buat sesuatu, kita perlu lihat mudarat dan maslahahnya. Kita diajar oleh agama, tolak kemudaratan itu lebih utama daripada mencapai kemaslahatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas cubaan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam.
Menurut Mohamad Shukri, dalam Islam sesuatu perkara yang baik perlu didokong, tetapi sekiranya yang tidak baik perlu dihadapi dengan bijaksana dan hikmah.
“Tidak perlu bertindak tergesa-gesa atau melulu sehingga mencetuskan keadaan tidak tenteram,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berpendapat, perhimpunan haram tersebut satu perbuatan untuk memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.
“Perpecahan itu akan menyebabkan umat Islam dan orang Melayu lemah, seterusnya membuka jalan kepada bangsa lain untuk menguasai kita. Ini semua semata-mata kerana silap perhitungan dalam memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Di manakah majunya bangsa kita apabila kekuasaan dalam negara kita terlucut daripada tangan sendiri? Umat Islam dan orang Melayu sepatutnya berganding bahu membina kekuatan diri dan ekonomi supaya dapat bersaing dengan bangsa lain di peringkat antarabangsa,” katanya.
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris pula menasihatkan umat Islam dan bangsa Melayu tidak terikut-ikut sifat assabiyyah puak Anwar sehingga sanggup menyertai perhimpunan haram tersebut yang jelas tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.
Beliau berkata, umat Islam dan orang Melayu perlu menghalusi perjuangan bersifat assabiyyah kumpulan itu kerana pemimpin berkenaan sering dikaitkan dengan masalah moral sehingga menimbulkan persoalan wajarkah beliau untuk dibela.
“Dari segi Islam, pembelaan terhadap orang yang salah juga salah. Kalau kita sembunyi seorang pencuri, kita bersubahat. Saya harap umat Islam benar-benar mengerti konsep assabiyyah.
“Pembelaan bersifat assabiyyah penyokong Anwar ini tidak patut berlaku dalam Islam kerana negara kita mempunyai sistem perundangan dan biarlah kes beliau diputuskan melalui proses pengadilan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com