KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Pas jangan bongkak – Abdul Azeez

Pas jangan bongkak – Abdul Azeez

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Kerajaan Pas Kedah perlu mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Islam negeri itu sebelum meneruskan keputusan meroboh Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar.
Sambil mengingatkan kerajaan negeri tersebut supaya tidak terlalu bongkak, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Pas perlu mengutamakan sentimen masyarakat di sekitar madrasah tersebut yang rata-ratanya mahu rumah ibadat itu dikekalkan di tapak berkenaan.
"Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abu Bakar) dilihat seperti bongkak apabila mengatakan beliau lulusan Universiti Al-Azhar dan tahu hukum-hakam mengenai tanah wakaf dan sebagainya. Perkara itu memang betul dan tiada siapa persoalkan.

"Tetapi Pas perlu diingatkan supaya menjaga sensitiviti dan sentimen masyarakat sekitar madrasah berusia lebih 100 tahun itu. Sebagai parti politik, Pas sedikit sebanyak bersandar kepada sokongan Melayu Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Azizan yang mengakui beliau tahu mengenai hukum-hakam tetap mengambil keputusan merobohkan madrasah tersebut dengan diluluskan Majlis Fatwa Negeri sungguhpun terdapat cadangan agar pengubahsuaian dilakukan terhadap pelan pembinaan kompleks beli-belah di tapak itu.
Selain itu pada bulan lalu, pengerusi madrasah berkenaan, Ahmad Hamzah dan seluruh kariah memohon campur tangan Sultan Kedah yang kini Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menghalang tindakan kerajaan negeri membenarkan kerja-kerja merobohkan madrasah tersebut.
Justeru, Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, kerajaan negeri yang diketuai Azizan perlu mengadakan pungutan suara dan bermesyuarat dengan semua pihak berkepentingan termasuk UMNO bagi memastikan kesejahteraan penduduk setempat.
Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Seri Temin Development Corporation (STDC), Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang pembinaan, pihak pemaju boleh mengubah suai sedikit pelan asal atas sebab-sebab tertentu tanpa menjejaskan projek yang telah dirancang.
Dalam isu Madrasah Salihiah, kata beliau, pelan pembangunan di kawasan terlibat lebih mudah diubah suai kerana kedudukannya di tepi jalan besar dan bukan di tengah-tengah kawasan yang akan dibangunkan sebagai pusat beli-belah.
''Jika kerajaan negeri dan pihak pemaju dapat berbincang untuk mengubah suai sedikit pelan pembangunan di situ, tindakan tersebut sudah tentu dapat mengelakkan madrasah berkenaan daripada dirobohkan.
''Sikap berkeras dalam isu ini lebih banyak membawa kemudaratan di kemudian hari,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com