Kor Ming dakwa terima peluru
IPOH 28 Dis. – Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang berdepan kontroversi berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan petang ini.Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di sini, Kor Ming mendakwa, surat tersebut diterima pada pukul 2 petang daripada pengirim yang tidak diketahui.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu berkata, beliau memandang serius ancaman tersebut dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com