KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Anwar kantoi dan nampak 'bodoh sangat' apabila baca penjelasan Dr M fasal pinjaman Bank Dunia

KEMASKINI: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR tentu gigit jari dan akan terasa 'bodoh sangat' apabila membaca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jawab terperinci berhubung polemik pinjaman Bank Dunia yang mereka cuba dakwa beliau berbohong.

Dalam tulisan terbaharu di blog peribadinya, www.chedet.cc Selasa Dr Mahathir menjelaskan isu pinjaman tersebut bersama-fakta-faktanya sekali.

Anwar sebelum ini berhempas pulas cuba nak 'spin' isu kononnya Dr Mahathir ada tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjaman ketika negara menghadapi krisis ekonomi .

Untuk menguatkan dakwaan, mereka tunjuk kepada wartawan beberapa dokumen yang mereka anggap bukti bekas Perdana Menteri meminta pinjaman

Dr Mahathir sebaliknya menerangkan satu persatu berdasarkan fakta dan di akhir tulisannya beliau menegaskan tidak pernah menulis surat meminta pinjaman seperti yang didakwa Anwar dan mencabar ketua pembangkang itu untuk bersumpah junjung Al Quran di masjid bagi membuktikan kata-katanya benar.

Serentak dengan itu beliau tegaskan; "Saya bersedia untuk bersumpah yang saya tidak pernah minta pinjaman Bank Dunia."

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh isu dakwaan Anwar itu dalam ucapan beliau pada Majlis Makan Malam Gala 'Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor' serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di PWTC Selasa malam.

Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"... dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.

"Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka," katanya.




Berikut adalah terjemahan tulisan Dr Mahathir tersebut.

1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam 'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.

2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:

a) Sektor Pendidikan USD244 juta

b) Sektor Sosial USD60 juta

c) Sektor Teknikal USD100 juta

3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.

4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.

5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;

a) Kumpulan Wang Program Makanan

b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi

c) Program Mikro Kredit

6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.

7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.

8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.

9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.

10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.

12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara (mengemukakan) permintaan lisan untuk pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.-20/12/2011


Semakin hangat: PKR tunjuk dokumen...Dr Mahathir nak tanya Bank Dunia itu asli ke tidak

Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak-budaknya cuba 'mandikan' Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau ada memohon bantuan pinjaman dari Bank Dunia semasa krisis ekonomi tahun 1999 dahulu semakin hangat, Isnin.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar pagi Isnin tunjuk kepada wartawan tiga dokumen yang didakwa ditulis oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) konon sebagai bukti bekas Perdana Menteri ada memohonnya.

Apa lagi beliau ulangi dakwaannya bosnya bahawa Dr Mahathir berbohong.Ikut cakapnya tidak mungkin EPU boleh tulis surat itu tanpa arahan daripada kerajaan waktu itu.

Sabtu lalu DR Mahathir sudah menafikan beliau ada membuat permohonan seperti didakwa Anwar dan mencabar bekas timbalannya itu bersumpah di masjid.

Kebetulan petang Isnin Dr Mahathir ada menghadiri satu acara di Putrajaya.

Ketika ditanya wartawan mengenai dokumen yang ditunjuk Rafizi itu bekas Perdana Menteri itu kata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, selepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat," ujarnya.

Serentak dengan itu Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Anwar kata beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar semasa mengulas cabaran Dr Mahathir supaya tunjuk surat beliau mohon bantuan Bank Dunia dan bersumpah, kata beliau tidak ada surat itu.

Katanya jika ada beliau boleh didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yakni memiliki dokumen sulit kerajaan.- 19/12/2011


Dr Mahathir bohong? : Biarlah Anwar dan budak-budaknya 'syok sekejap'

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak-budaknya dalam PKR nampak gaya dalam mood 'raya sakan' kerana merasa macam dapat 'hadiah cepumas' balon Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua orang dah tau ini gara-gara Ketua Umum PKR itu dakwa kononnya ada bukti konon bekas Perdana Menteri itu bohong beliau tidak memohon pinjaman Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.

Sandaran mereka hanya pada senarai yang tertera di laman web Bank Dunia yang tunjuk bantuan untuk Malaysia antara 18 Jun 1998 hingga 30 Mac 1999.

Laman web itu menyenaraikan empat bantuan dalam sektor pelajaran,ekonomi,teknikal dan sosial untuk Malaysia.

Anwar dalam twitternya pagi Ahad bukan main garang lagi kata ' Nak sumpah apa" merujuk pada cabaran Dr Mahathir beliau bersumpah di masjid jika benar.

Bekas Perdana Menteri minta Anwar tunjuk surat beliau memohon bantuan Bank Dunia bagi membuktikannya.

Anwar yang ditemui wartawan di Pulau Pinang selepas itu macam biasa tunjuk pendirian tidak mahu layan cabaran bersumpah.

Tentu ingatkan beliau tidak ke masjid dalam dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan videk seks didedahkan oleh trio Datuk T.

Anwar bagi alasan cabaran Dr Mahathir beliau tunjuk surat adalah satu perangkap.

"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu."Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.

Makanya sepanjang Ahad budak-budak PKR bukan main galak tweet sana sini balon Dr Mahathir bohong.

Soalnya sekarang apakah senarai yang tertera dalam laman web Bank Dunia itu bukti sahih Dr Mahathir bohong?

Satu sumber yang rapat dan lama berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad nampak relaks saja ketika ditanya mengenai senarai di laman web Bank Dunia itu.

Dari cara cakapnya Anwar dan budak-budak PKR mungkin kena tekan brek syok sangat dan mungkin gigit jari nanti.

"Mana dia surat yang kata Tun minta pinjaman Bank Dunia itu," katanya.

Sumber itu berkata setahu beliau bekas Perdana Menteri itu memang tidak minta bantuan dari Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.

"Tun sendiri sudah cakap beliau tidak minta...itulah yang sebenarnya,"katanya.

Kata sumber itu senarai dalam laman web Bank Dunia itu tidak membawa maksud Dr Mahathir memohon.

"Tun sendiri ada kata Bank Dunia desak kita terima bantuan dana tapi kita menolak.

"Apakah separuh atau semua yang disenaraikan dalam laman web Bank Dunia itu diterima.Ataupun Bank Dunia lulus tapi kita menolak...samaada kita terima atau tidak...itu tidak disebut oleh laman web itu,"katanya.

Sumber itu menjelaskan apa yang disenaraikan dalam laman web itu mungkiin diluluskan sendiri oleh pihak Bank Dunia tetapi disitu tidak sebut samaada Malaysia terima atau tidak tawaran itu ataupun siapa yang memohon.

" Siapa tahu Anwar sendiri yang memohon bantuan itu...ini kerana permohonan tidak semesti ikut tarikh ia diluluskan sertamerta ( merujuk kepada empat tersenarai dari 18 Jun 1998 ke 30 Mac 1999 - waktu itu Anwar sudah tidak Menteri Kewangan).

"Biasakan...kalau kita mohon sesuatu pinjaman...ada masanya sampai tiga empat tahun selepas itu baru diluluskan.Inikan melibatkan dana yang beratus juta.

"Pernah kita dengar sesuatu permohonan dilulus dalam masa sehari,seminggu atau sebulan...katakan kalau permohonan dibuat dua tiga tahun sebelum Jun 1998...siapa Menteri Kewangan waktu itu dan siapa yang semua orang tahu cukup cenderung sangat nak ikut cara IMF masa krisis kewangan.

"Sebab itu seperti Tun kata tunjuk surat yang kata beliau ada minta bantuan dari Bank Dunia.Kalau ada surat itu boleh percayalah,"katanya.

Apapun cukup seronok tengok gelagat Anwar dan budak-budaknya dalam bab kalau merasa KONON ,mereka sudah dapat bukti.

Ambil contoh isu pendedahan video seks oleh Datuk T sudah.Ia disahkan 99.9 persen tulin oleh pakar luar negara pun...mereka masih cuba nak ' bersilat'.

Wajah dalam video itu amat seiras dengan Anwar.

Begitu juga CCTV dua lelaki yang naik turun lif apartmen llokasi rakaman adegan seks.Siapa tak kenal wajah lelaki bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah itu.

Namun mereka cuba ' buat lawak' macam tak faham...dan berlagak seolah-olah tak ada hal.

Anihnya keterangan pakar luar negara yang menyebelahinya misalnya dalam perbicaraan kes liwat...pasukan peguamnya habis-habisan ditekan ia betul dan mesti diterima.

Ewah ewah...yang sahkan video seks 99.9 persen tulin tu bukan pakar luar negara ke ? - 19/12/2011




Surat Bank Dunia: Dr Mahathir cabar Anwar sumpah Al-Quran di masjid

Kalau dalam bab dakwaan liwat dan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak bersumpah di masjid...sekarang bagaimana dengan cabaran terbaru daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cabaran itu bukan libatkan isu seks seperti sebelum ini tetapi ekoran dakwaan yang beliau buat sendiri terhadap bekas Perdana Menteri itu melibatkan surat Bank Dunia.

Anwar mendakwa semasa krisis kewangan tahun 1999 Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia untuk memohon bantuan pinjaman.

Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan berkenaan dalam ucapannya di satu majlis makan malam yang tutut dihadiri oleh para duta asing Khamis malam.

Dakwa Anwar beliau mengetahui hal berkenaan selepas dibebaskan dari penjara kes liwat pertama semasa membuat kerja perundingan untuk Bank Dunia.

Bercakap pada satu majlis di Butterworth Sabtu, Dr Mahathir menegaskan tunjuk surat berkenaan jika dakwaan itu betul.

"Saya cabar dia bersumpah junjung Al-Quran di sebuah masjid dan saya sedia berbuat demikian jika perlu," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa bekas Menteri Kewangan itu yang selalu menguar-uarkan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menyelesaikan krisis kewangan waktu itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamad Nor Yakcop yang hadir sama di majlis itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah menolak bantuan pinjaman Bank Dunia.

Katanya ada wakil Bank Dunia datang jumpa Dr Mahathir untuk bincang cara Malaysia dapat elak krisis kewangan pada tahun 1999.

Namun katanya bekas Perdana Menteri itu suruh dia meninggalkan pejabatnya.

Anwar ialah Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 semasa pentabiran Dr Mahathir.-17/12/2011

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/surat-bank-dunia-dr-mahathir-cabar-anwar-sumpah-al-quran-di-masjid.html

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com