KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Perhimpunan Bebas Anwar 901: Polis tetapkan 10 syarat

Perhimpunan Bebas Anwar 901: Polis tetapkan 10 syarat
07/01/2012 1:50pm

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Polis mengenakan 10 syarat kepada penganjur dan peserta perhimpunan melibatkan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung Isnin ini, setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ASP Zakaria Pagan, dalam satu kenyataan semalam, berkata, berkata ia termasuk tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan ”Bebaskan Anwar 901” atau ”Bebaskan Anwar” semasa perhimpunan itu.

Beliau berkata penggunaan pembesar suara selain ”loud hailer” tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

Petang semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membenarkan perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Syarat lain ialah:

* Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

* Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

* Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah.

* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu.

* Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan.

* Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

* Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com