KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Lagi tentangan Kempen Bebaskan Anwar 901


JOHOR BAHRU 1 Jan. - Kempen Bebaskan Anwar 901 terus mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk di negeri ini yang mana kebanyakan daripada mereka menyifatkan ia sebagai taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melepaskan diri dengan menyalahkan kerajaan atas segala perkara yang tidak menyebelahi beliau.
Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof meminta semua rakyat negeri ini agar tidak menyahut seruan menyertai demonstrasi jalanan tersebut kerana ia sama seperti perhimpunan Bersih 2.0 yang menimbulkan keadaan huru-hara.
"Sebenarnya ramai orang sudah bosan dengan sebarang perkara berkaitan Anwar, ini adalah antara helah untuk kononnya kekal relevan dalam politik.

"Kempen Bebas Anwar 901 ini sudah tentu menuduh sistem kehakiman tidak adil jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, tetapi bersorak jika pemimpin pembangkang itu dibebaskan.
"Syukur ramai rakyat kita yang matang dan tidak terpengaruh dengan ajakan ke jalanan seperti ini. Akan tetapi polis dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi segelintir golongan yang cuba membuat onar, jangan bila mereka dah berhimpun baru bertindak," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Bagi Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Johor Selatan, Teh Kee Sin, sebarang perkara yang menjejaskan keamanan negara adalah tidak digalakkan kerana selain menjejaskan keharmonian ia juga memberi kesan buruk kepada perniagaan.

"Sebagai ahli perniagaan, kami melihat kestabilan negara sebagai perkara penting kerana ia adalah faktor penting yang membawa masuk pelaburan asing. Sedikit sebanyak perusahaan kecil dan sederhana akan terjejas," katanya.
Kee Sin pada masa turut menyeru semua pihak agar bertenang dan menaruh keyakinan pada sistem kehakiman negara.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmadberkata, demonstrasi tidak akan mengubah proses perundangan negara dan apa yang cuba dituntut adalah tidak bertepatan dengan asas rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan.
"Anwar bersalah atau tidak, ia tidak berkaitan dengan UMNO atau parti politik lain. Jika keputusan mahkamah dipolitikkan pembangkang, maka ia sendiri memberi gambaran apa yang mereka akan lakukan jika ditakdirkan berkuasa nanti," katanya.

Ujar Rohazam, jika demonstrasi jalanan menjadi pilihan setiap kali timbul rasa tidak puas hati maka Malaysia akan menjadi 'negara koboi' kerana setiap salah faham diselesai dengan pertempuran dan pergaduhan.

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com