KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

NGO sokong BN perlu lebih matang bersuara - Ahmad Maslan


26/12/2011 1:52pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usaha Barisan Nasional (BN) memperjuangkan kepentingan rakyat perlu lebih lantang bersuara dalam menyatakan sokongan mereka, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, banyak NGO di negara ini menyokong BN, bagaimanapun mereka lebih suka menjadi majoriti senyap dan bersikap “tunggu dan lihat”. "NGO penyokong pembangkang suka menjadi kumpulan minoriti yang lantang,” katanya sambil menambah NGO yang menyokong kerajaan janganlah pula terlalu lantang sehingga menimbulkan kesan negatif.
"BN perlukan sokongan pelbagai pihak dan sokongan NGO kita lihat antara yang terpenting dalam perjuangan kita untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Muafakat 1Malaysia anjuran Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang dihadiri 15 NGO di sini hari ini.
Ditanya adakah beliau melihat Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai NGO penyokong BN, Ahmad berkata Tengku Razaleigh merupakan kawan rapat BN.
"Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO Bahagian (Gua Musang) dan anggota Parlimen BN. Tanpa saya menyebut lanjut mengenai perkara itu, tentunya nama beliau adalah sebahagian daripada kepimpinan UMNO dan BN,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad mengingatkan semua anggota UMNO supaya melandaskan usaha memperjuangkan kepentingan rakyat kepada berdasarkan kekuatan parti dan bukan kelemahan parti lawan.
"Jangan bila kita tengok parti lawan lemah dengan pelbagai masalah dalaman baru kita hendak bergerak bantu rakyat dan jangan kita mendabik dada kerana kita lihat mereka lemah.
"Kita mesti sentiasa memperjuangkan rakyat setiap masa, bukan bermusim. Ini mesti kita utamakan bagi memastikan nasib rakyat terbela dan menyokong usaha kita,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com