Nama MB Perlis dijual raih komisyen
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/24
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/24
Isa dakwa tindakan jejas nama baik
PADANG BESAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam mendakwa ada pihak tertentu yang cenderung 'menjual' nama beliau, semata-mata untuk meraih komisyen melalui kemasukan projek ke negeri ini.

Tanpa mendedahkan pihak terbabit, beliau berkata golongan itu bukan saja menggunakan namanya untuk meyakinkan pihak luar yang berhasrat melabur di Perlis, malah turut meminta komisyen khusus sekurang-kurangnya tiga peratus sebagai ‘duit kopi’ bagi meluluskan projek tertentu.
Golongan itu bukan saja guna nama saya untuk yakinkan pihak luar yang berhasrat melabur di Perlis, malah turut minta komisyen khusus sekurang-kurangnya tiga peratus sebagai 'duit kopi' bagi meluluskan projek tertentu. - Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis
Tindakan itu, katanya bukan saja mencemarkan nama baik beliau sebagai Menteri Besar, malah turut memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri seolah-olah tidak telus kerana diuar-uar mewajibkan ‘duit kopi’ untuk memudahkan kelulusan projek.
“Saya terkejut dengar orang habaq (beritahu) saya Menteri Besar tiga percent (peratus). Orang ni habaq (beritahu) kalau (projek) nak masuk Perlis dia boleh tolong, tetapi syarat kena enam percent (peratus).
“Bila dengar, saya tergelak sebab katanya enam percent tu bahagi dua. Orang bawa masuk (projek) dapat tiga percent dan baki tiga percent lagi, bagi dekat saya.
“Pasal apa tiga percent saja? Sikit sangat tu, takkan nilai saya tiga percent saja? Bagi la tinggi sikit,” katanya dengan nada berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran Projek Perumahan Bandar Baru Putra Heights di Padang Siding, dekat Chuping, di sini.
Projek membabitkan kos RM600 juta itu dibangunkan pemaju hartanah, Anggerik Wangi Sdn Bhd yang berpangkalan di Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, Md Isa ketika mengulas perkara itu, meminta mana-mana pelabur atau kontraktor luar supaya tidak terpengaruh dengan kegiatan pihak terbabit, yang dikhuatiri mampu menjejaskan peluang kemasukan pelaburan ke Perlis.
“Kita dalam proses menghadapi Perlis Maju yang berbaki empat tahun lagi. Selain itu, Perlis meletakkan sasaran muncul sebagai bandaraya menjelang 2030.
“Justeru, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelabur termasuk dari luar untuk menanam modal, sekali gus bersama-sama mencorak pembangunan negeri selaras misi terbabit,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com