Kedah setuju hapus hutang pinjaman | | Print | |
Harakahdaily |
ALOR SETAR, 27 Dis: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) bersetuju melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu. Ustaz Azizan berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melupuskan hutang tersebut khususnya yang gagal membayar balik pinjaman akibat kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan sumbangan kepada SKJ(C) Keat Hwa dan Sin Min di Wisma Darul Aman. “Ianya bererti kita tidak akan meminta lagi wang kepada penjamin pelajar tersebut untuk membayar hutang itu. Ianya adalah atas dasar kemanusiaan kepada mereka yang tidak mampu membayar,” katanya dipetik Warta Darul Aman. Tindakan prihatin itu sekaligus meringankan beban peminjam dan penjamin yang selama ini terpaksa menanggung beban menjelaskan hutang tersebut. |
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com