KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

JKKKP diminta kenal pasti golongan layak terima BR1M



2011/12/25
ALOR SETAR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diminta mengenal pasti individu atau keluarga daripada tercicir mendaftar untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) dengan segera.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ini bagi memastikan golongan tersebut mendapat hak mereka tanpa kompromi.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen JKKKP membantu kerajaan mengedar dan membantu orang ramai mengisi borang tersebut dengan betul dan
lengkap.

"Borang BR1M yang diedarkan mulai 10 Disember lalu berjalan lancar dan tiada
rungutan orang ramai kerana JKKKP memainkan peranan mereka sewajarnya,"
katanya kepada pemberita pada Karnival Mara Bersama Rakyat di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, 200,000 borang BR1M sudah diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan
Kedah dan lebih 300,000 lagi dijangka diserahkan sebelum tarikh tutup 10 Januari.

Katanya, orang ramai yang belum mendapat borang tersebut boleh mendapatkannya
di rumah JKKKP, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), UMNO dan agensi
kerajaan yang terbabit.

Terdahulu semasa berucap merasmikan karnival itu di perkarangan Menara Alor
Setar, beliau meminta usahawan memanfaatkan peluang melalui karnival seumpama
ini untuk mempromosikan produk selain menjalin hubungan di kalangan mereka.

Turut hadir Pengarah MARA Kedah, Hanafiah Lazim dan Pengurus Besar Menara
Alor Setar, Hariyati Tahir.

Karnival tiga hari itu yang bermula Jumaat lalu sehingga hari ini disertai
40 usahawan bimbingan Mara yang mempamerkan pelbagai produk seperti makanan,
minuman, barangan kesihatan dan kraftangan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com