KLIK MASSA

KLIK MASSA PANASFM | Created By PANASFM crew

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

MemBARA-BARA

Selamat Datang!

wwww


RADIO PANASFM

Thumbnail Recent Post

Intense Debate Comments

Klik Massa Dulu Kini Dan Selamanya

  • pemandangan 1
  • pemandangan 2
  • pemandangan 3

SUKE PANASFM?

Blog ini semata-mata copy paste Dari mana-mana akhbar online atau tidak ,termasuk,blog,web portal.dan lain -lain tujuan untuk rujukkan masa akan datang

This blog simply copy and paste from any newspaper online or not, including, blogs, web portal.dan other purposes for the future reference

u r MY ButterFly

My butterfly, You know how I make you fly, Everytime you pass me by, Never fail to make me smile...

B'coz OF u

If u are Alone,i'll Be Ur Shadow... If u want 2 cry,i'll Be ur shoulder.. If u Need 2 Be Happy,i'll Be ur smile.. But anytime u Need a frewn..i'll Just Be Me..

Do Not Leave Me.

I can not forget the tone of your voice I reached needed love...

I'm Not perfect

Terimalah aku Seperti apa adanya Aku hanya insan biasa Ku pun tak sempurna...

BestFrewn 4ever

Yeah We're Tight and Yeah We Fight But Through All Of It,There's one thing that will Never Change We'll Be FrienDs Forever...

Gadis 20 tahun tanggung tiga adik




2011/12/26

BANDAR BAHARU: Selepas kematian kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh 10 bulan, seorang gadis berusia 20 tahun kini terpaksa memikul tugas sebagai ketua keluarga dengan menanggung tiga orang adiknya sejak November lalu.

Nur Sabirah Mohd Tamize, seorang pekerja kilang di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan terpaksa menyara tiga orang adik-adiknya, dengan dua daripada mereka masih bersekolah.
Gadis yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu terpaksa mengambil alih tugas menyara tiga adiknya Nur Sabihah, 16, yang berhenti sekolah sebelum sempat mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Norsyafika, 12, yang akan menduduki Tahun Enam pada tahun ini dan Mohd Danial Zulfahrin, 4, yang akan memulakan persekolahan Januari depan di Kelas Pra Sekolah.
Nur Sabirah yang ditemui di rumah mereka di Kampung Bagan Samak di sini hari ini berkata bapa mereka Mohd Tamize Osman, 47, meninggal dunia akibat ketumbuhan
otak pada 5 Januari lalu.

“Ibu, Azlina Awang, 43, pula meninggal dunia akibat diabetik dan hipertensi pada 18 November lalu. Ayah adalah seorang tukang rumah semasa hidupnya sementara ibu pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan terpaksa berhenti kerja selepas sakit," katanya.

Mujurlah dalam menghadapi masalah tersebut kedua-dua ibu bapa mereka sempat membina sebuah rumah yang sederhana besarnya di tanah pusaka keluarga itu untuk
empat beradik itu tinggal dan berteduh daripada panas dan hujan.
Bapa saudara dan jiran kepada anak yatim piatu empat beradik itu, Abdul Malik Abdul Rahman, 62, berkata beberapa hari selepas kematian ibu mereka, ada juga yang manyatakan hasrat untuk mengambil adik bongsu mereka Mohd Danial Zulfahrin dan Nursyafika untuk dibela sebagai anak angkat tetapi Nur Sabirah enggan melepaskan mereka.

Sementara itu sekumpulan anggota Alumni Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1980 Sekolah Menengah Agama Sultan Izzuddin Shah (SMASIS), Ipoh, Perak, hadir di rumah Nur Sabirah bagi mengkaji latar belakang keempat-empat beradik itu dan
mereka bersetuju untuk menjadikannya sebagai anak angkatnya.

Wakil kumpulan itu, Roslan Mohd Husin, 46, berkata program anak angkat itu yang juga projek perintis kumpulan yang dianggotai hampir 100 orang itu, akan berusaha membantu meningkatkan tahap persekolahan Norsyafika serta Mohd Danial Zulfahrin untuk masa depan yang lebih baik serta terjamin.

“Sasaran kami akan sedaya upaya memberi dorongan dan galakan kepada Norsyafika supaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 ini, selain turut membantu masalah kewangan yang dihadapi mereka," katanya.

Katanya, kumpulan tersebut berjaya mengumpul RM900 sebagai bantuan permulaan untuk membeli pakaian dan peralatan belajar bagi dua beradik yang akan memulakan persekolahan tidak lama lagi.

Wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu yang juga salah seorang anggota alumni berkenaan Helmi Abdul Khan yang turut hadir di rumah tersebut berkata pihaknya akan memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bandar Baharu supaya menambah bantuan kepada dua beradik itu daripada RM100 sebulan kepada RM150 seorang.

Helmi berkata, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Malaysia (JASA) Parlimen Kulim/Bandar Baharu Rohana Che Din juga bersetuju menyumbangkan secara peribadi
bayaran tuisyen bulanan kepada Norsyafika bagi menghadapi UPSR.

Orang ramai dan mereka yang bersimpati dengan kedaifan hidup empat beradik itu bolehlah menghulurkan sumbangan mereka melalui akaun Nur Sabirah Mohd Tamize Bank CIMB No: 07310014578522 atau menghubunginya di talian 013-4638904. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com