ADUN Pas Tendong meninggal dunia akibat serangan jantung
24/12/2011 1:27pm
KOTA BHARU 24 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Dr. Mohamad Md. Daud meninggal dunia di rumahnya di Lorong Haji Daud, Kampung Perangkap Pasir Mas pagi ini.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 1 pagi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam kampung tersebut hari ini.
Allahyarham yang mewakili Pas pada pilihan raya umum 2008 telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Fauzi Mohamad dengan majoriti 1,657 undi. – UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Pengendali Klikmassa.blogspot.com tidak akan sesekali bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh pengujung laman sosial ini. Ia adalah pandangan dan pendapat peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pengadali klikmassa.blogspot.com